Dua pintu masuk utama jalan darat Johor-Singapura ditutup sepenuhnya tengah malam ini

JOHOR BAHRU: Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memberi kata putus, rakyat Malaysia yang berulang-alik bekerja di Singapura tidak dibenarkan melakukan demikian mulai tengah malam ini.

Dihubungi Astro AWANI berkata, mereka perlu akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang akan dikuatkuasakan tepat jam 12 tengah malam ini.

Polis Johor juga akan menempatkan lebih 40 anggota di kedua-dua pintu utama masuk darat membabitkan Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Bukit Chagar dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) , Gelang Patah, mulai tengah malam ini.

Katanya, tiada perjalanan keluar masuk termasuk bagi rakyat Malaysia yang berulang-alik bekerja di Singapura untuk keluar atau masuk ke negara ini selepas tengah malam ini.

Dua pasukan di CIQ BSI dan CIQ KSAB ditempatkan bagi membantu Jabatan Imigresen Malaysia malah anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bagi membantu kelicinan keputusan yang diambil.

Pada petang Selasa, Datuk Ayob Khan dikatakan menghadiri taklimat khas mengenai Perintah Kawalan Pergerakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum memberikan keputusan mengenai sama ada rakyat Malaysia yang berulang-alik bekerja di Singapura turut dihalang keluar dari negara.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/dua-pintu-masuk-utama-jalan-darat-johor-singapura-ditutup-sepenuhnya-tengah-malam-ini-234062

COVID-19: Bebas keluar antara negeri

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menarik balik perintah larangan keluar dari satu negeri ke negeri lain, malam ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata arahan itu dibuat selepas mendapati orang ramai berpusu-pusu mengisi dokumen keluar di balai polis seluruh negara.

“Sehubungan dengan itu, kami menarik balik larangan itu dan orang ramai boleh melakukan perjalanan dengan selamat, secara berhemah malam ini.

“Tiada sebarang sekatan akan dikenakan ke atas mereka sehingga satu keputusan baru bakal diumumkan selepas mesyuarat berhubung perkara ini, esok,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/666310/covid-19-bebas-keluar-antara-negeri

Penutupan Sementara Pejabat LPKPM

MAKLUMAN

BERIKUTAN ARAHAN KERAJAAN MALAYSIA MELAKSANAKAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN, MULAI 18 MAC 2020 SEHINGGA 31 MAC 2020 DI SELURUH NEGARA, PEJABAT LPKPM AKAN DITUTUP KEPADA ORANG AWAM.

SEBARANG URUSAN DAN PERTANYAAN, SILA HUBUNGI TALIAN +6019-260 3913 / +6011-2002 5222.

UNTUK MAKLUMAN PERTANYAAN BERKAITAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN, SILA HUBUNGI TALIAN +603-8888 2010.

MOHON MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN YANG BERLAKU.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Perintah Kawalan Pergerakan: Balik kampung kini perlu kebenaran polis – KPN

[ DI TARIK BALIK JAM 11:00 MALAM ]

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/666310/covid-19-bebas-keluar-antara-negeri

BORANG KEBENARAN

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang berhasrat mengadakan sebarang perjalanan antara negeri kini perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata ia susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang akan berkuatkuasa bermula 18 hingga 31 Mac ini.

Mereka dikehendaki menghubungi balai polis berdekatan untuk memaklumkan mengenai hasrat itu menerusi borang yang disediakan.

“Untuk mengawal pergerakan dari satu negeri ke negeri atau daerah, interstate, sebab eksesais ini amat perlu. Kita yakin ia akan dapat menyekat penularan dari satu negeri ke satu negeri.

“Apa yang perlu dibuat oleh orang ramai apabila timbul keperluan misalnya tinggal di Kuala Lumpur hendak balik ke Sarawak, dia perlu maklumkan kepada Ketua Polis Balai mengenai hasrat itu dan polis akan beri dokumen menyatakan bahawa pembawa dokumen ini telah memaklumkan kepada polis, bahawa dia perlu lakukan perjalanan ini atas sebab demikian,” kata Abdul Hamid.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas pada Isnin menjelaskan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Penutupan ini melibatkan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/perintah-kawalan-pergerakan-balik-kampung-kini-perlu-kebenaran-polis-kpn-234032