Perintah Kawalan Pergerakan: Balik kampung kini perlu kebenaran polis – KPN

Home / Berita / Perintah Kawalan Pergerakan: Balik kampung kini perlu kebenaran polis – KPN

[ DI TARIK BALIK JAM 11:00 MALAM ]

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/666310/covid-19-bebas-keluar-antara-negeri

BORANG KEBENARAN

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang berhasrat mengadakan sebarang perjalanan antara negeri kini perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata ia susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang akan berkuatkuasa bermula 18 hingga 31 Mac ini.

Mereka dikehendaki menghubungi balai polis berdekatan untuk memaklumkan mengenai hasrat itu menerusi borang yang disediakan.

“Untuk mengawal pergerakan dari satu negeri ke negeri atau daerah, interstate, sebab eksesais ini amat perlu. Kita yakin ia akan dapat menyekat penularan dari satu negeri ke satu negeri.

“Apa yang perlu dibuat oleh orang ramai apabila timbul keperluan misalnya tinggal di Kuala Lumpur hendak balik ke Sarawak, dia perlu maklumkan kepada Ketua Polis Balai mengenai hasrat itu dan polis akan beri dokumen menyatakan bahawa pembawa dokumen ini telah memaklumkan kepada polis, bahawa dia perlu lakukan perjalanan ini atas sebab demikian,” kata Abdul Hamid.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas pada Isnin menjelaskan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Penutupan ini melibatkan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/perintah-kawalan-pergerakan-balik-kampung-kini-perlu-kebenaran-polis-kpn-234032