Bantuan 100 Set Barang Keperluan Harian dan 300 Bungkus Juadah Berbuka Puasa di PPR Desa Tun Razak

Biro Kebajikan Pengguna Dan Masyarakat LPKPM bekerjasama dengan Pertubuhan Gerak Muafakat Malaysia, menyampaikan bantuan barang keperluan harian dan juadah berbuka puasa pada 26 April 2020 di PPR Desa Tun Razak.

Sebanyak 300 Bungkus juadah berbuka puasa dan 100 Set Barang keperluan harian seperti beras, minyak, tepung, gula, garam, telur dan sebagainya berjaya diagihkan.

Pengarah Biro Kebajikan En. Muhammad Azri mewakili Lembaga Pelindung Dan Kebajikan Pengguna Malaysia dalam program tetsebut.

Pihak Biro Kebajikan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah menyumbangkan barangan atau kewangan untuk menjayakan program ini.

PKP: Kedai gunting rambut, dobi antara 9 sektor yang dibenar beroperasi

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan pelonggaran sembilan industri untuk beroperasi sepanjang tempoh PKP, termasuk perkhidmatan gunting rambut dan dobi.

Dalam satu kenyataan, keputusan berkenaan diambil menerusi mesyuarat kabinet pada Rabu lalu.

Berikut adalah senarai sektor pengilangan dan perkhidmatan yang dibenarkan.

1. Industri Automotif (terhad kepada eksport unit siap pasang sepenuhnya – CBU, peralatan dan komponen, serta perkhidmatan selepas jualan contohnya penyelenggaraan).

2. Industri Mesin dan peralatan

3. Industri Aeroangkasa4. Projek-projek pembinaan dan perkhidmatan berkaitan pembinaan
(i) Projek di mana Kontraktor G1–G2 sebagai kontraktor utama
(ii) Projek yang telah disahkan mencapai kemajuan fizikal 90% ke atas
(iii) Kerja-kerja terowong
(iv) Kerja-kerja penyelenggaraan
(v) Kerja-kerja cerun
(vi) Kerja-kerja kecemasan yang termaktub dalam perjanjian kontrak
(vii) Kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan dan pengeringan air bertakung, penyemburan racun serangga di tapak bina bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes dan lain-lain haiwan perosak
(viii) Kerja-kerja lain yang jika tidak disempurnakan boleh mendatangkan bahaya
(ix) Projek bangunan dengan 70 IBS score ke atas
(x) Projek pembinaan dengan fasiliti/ kemudahan tempat tinggal untuk pekerja seperti Kuarters Pekerja Berpusat atau kem pekerja
(xi) Perkhidmatan profesional yang terlibat dalam industri pembinaan termasuk arkitek, jurutera perancang bandar, juru-ukur tanah, juru ukur bahan, pengurus projek, pengurus fasiliti dan lain-lain berkaitan.

5. Perkhidmatan sains, profesional dan teknikal termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D)
– (hanya terhad kepada: perkhidmatan berkaitan guaman; perkhidmatan berkaitan minyak & gas; aktiviti aktviti R&D berkaitan COVID19; makmalmakmal ujian bagi sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi sahaja.

6.  Perkhidmatan kesihatan sosial termasuk perubatan tradisional yang berdaftar
(hanya terhad kepada registered Traditional and Complementary Medicine or TCM practitioners)

7.  Perkhidmatan kedai hardware, kedai barangan elektrik dan elektronik dan kedai cermin mata sahaja dalam pemborongan dan peruncitan.

8. Perkhidmatan gunting rambut asas (gunting sahaja).

9. Perkhidmatan dobi (full service dan bukan layan diri)

Syarikat-syarikat dalam sektor-sektor tambahan yang disenaraikan boleh membuat permohonan beroperasi kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bermula Isnin, 13 April 2020, dari jam 9 pagi.

Semua permohonan mestilah dibuat secara atas talian di laman sesawang MITI, www.miti.gov.my.

COVID-19: PKP dilanjutkan dua minggu lagi

PUTRAJAYA : Kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan selama dua minggu iaitu bermula 15 hingga 28 April ini.

Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan, lanjutan tempoh berkenaan dibuat bagi memberi ruang kepada petugas kesihatan memerangani COVID-19 dan pada masa mengelak penularannya dalam kalangan masyarakat.

“Sehubungan itu, berdasarkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan pakar-pakar perubatan, kerajaan memutuskan untuk melanjutkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan untuk tempoh dua minggu lagi, iaitu dari 15 April hingga 28 April 2020.

“Pelanjutan tempoh ini dibuat untuk memberi ruang kepada petugaspetugas kesihatan memerangi penularan COVID-19, selain mengelakkan penularan semula wabak ini dalam masyarakat,” “katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung pada Jumaat. Tindakan itu katanya selaras dengan pandangan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) yang menyarankan negara-negara supaya tidak menamatkan perintah kawalan pergerakan terlalu awal.

“Sepertimana yang berlaku di beberapa buah negara, penularan wabak ini meningkat semula apabila perintah kawalan pergerakan ditamatkan. Apa yang saya hendak sebutkan di sini ialah kita mesti bersedia untuk berhadapan dengan situasi ini bagi satu tempoh masa yang agak lebih lama.

“Ianya mungkin  berlarutan untuk tempoh beberapa bulan, sebelum kita dapat betul-betul pastikan penularan wabak ini diatasi seratus peratus,” ujar beliau. 

Muhyiddin berkata, susulan itu, kehidupan setiap masyarakat mungkin tidak boleh kembali seperti sediakala ketika ini. 

“Selagi virus ini masih ada, amalan penjarakan sosial mesti diteruskan. Kita mesti sentiasa menjaga
kebersihan diri. Elakkan sebarang perhimpunan. Hindari tempat yang sesak. Bulan Ramadan akan menjelang tiba tidak lama lagi.

Kita tidak boleh ke bazar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka puasa, tidak boleh ke masjid untuk berterawih. Jadi berterawih lah di rumah bersama keluarga. Mungkin juga kita tidak boleh balik ke kampung seperti biasa. Walaupun sukar untuk kita bayangkan perkara ini, tetapi inilah kenyataan yang akan kita hadapi,” kata beliau lagi. 

Kerajaan sebelum ini mengumumkan fasa pertama PKP bermula dari 18 hingga 31 Mac, diikuti dengan fasa kedua dari 1 April hingga 14 April.