Lawatan Kerja LPKPM Di Galeri Anjung Warisan dan Kesenian Islam

Home / Aktiviti / Lawatan Kerja LPKPM Di Galeri Anjung Warisan dan Kesenian Islam

1 Oktober 2020 – Lawatan Kerja Lembaga Pelindung Dan Kebajikan Pengguna Malaysia bersama Timbalan Presiden Dato’ Sri Azizul Zainuddin dan Pengarah Kebajikan Pengguna En. Muhammad Azri Abu Bakar menyaksikan lebih 120 koleksi artifak termasuk milik peribadi Nabi Muhammad SAW.

Antara dipamerkan adalah capal, celak, rambut, janggut, darah bekam, serban, tongkat, bekas air zam zam, bekas tapak kaki, pasir makam serta kunci makam Rasulullah.

Turut dipamerkan beberapa kiswah Kaabah, tandu, al-Quran emas, senjata serta kelengkapan perang peninggalan kerajaan Uthmaniyyah bertempat di Galeri Anjung Warisan dan Kesenian Islam (Aura Islam) di Anjung Neighbourhood Centre di Iskandar Puteri, Johor.