Biro Kebajikan Pengguna Dan Masyarakat

Pengarah : ENCIK MUHAMMAD AZRI BIN ABU BAKAR

Assalamulaikum w. b. t . dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T atas keizinanNya,

Biro Kebajikan Pengguna dan Masyarakat di bawah LPKPM memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kesejahteraan pengguna dan masyarakat melalui perkhidmatan yang disediakan dan pembangunan sosial yang profesional dan perkongsian tanggungjawab yang strategik. Objektifnya adalah untuk mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang dan yang serba lengkap dari segi keperluan asas dan ekonomi. Ini akan dijalankan menerusi pembangunan masyarakat melalui perubahan sikap dan peningkatan keupayaan untuk berdikari.

Biro Kebajikan Pengguna dan Masyarakat berfungsi untuk menghulurkan bantuan dari segi kebajikan, moral, nasihat dan keupayaan hidup. Ini termasuklah memberi kesedaran kepada pengguna dan masyarakat betapa mencabar kehidupan di zaman era teknologi ini.

Kami juga akan menyediakan perkhidmatan secara holistik, yang merangkumi aktiviti menjana ekonomi, aktiviti sosial serta aktiviti kemasyarakatan dimana yang miskin dapat mengubah kehidupan kepada lebih baik.

Biro Kebajikan Pengguna dan Masyarakat adalah pembina generasi pengguna cemerlang, pembentuk jati diri dan menjadi suri teladan kepada pengguna dan masyarakat. Justeru, Biro Kebajikan Pengguna dan Masyarakat haruslah mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan situasi serta mampu menangani cabaran era globalisasi dan sosiolisasi.

Berdasarkan pengalaman kami mengendalikan program-pogram sebelum ini, kami mampu meningkatkan kemahiran, merancang, mengurus dan melaksanakan program kebajikan pengguna dan masyarakat, sekaligus dapat mengasah kemahiran berkomunikasi secara efektif. Oleh itu, setiap program yang dijalankan diharap dapat meninggalkan impak yang positif terhadap komuniti setempat ataupun secara globalnya kepada negara.

Sekian, Wasalam

Muhammad Azri Abu Bakar