KATA ALUAN

PENGARAH
DATO’ SRI AZIZUL ZAINUDIN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera
Salam Mesra diucapkan kepada semua pengguna & usahawan di seluruh Malaysia.
LPKPM sangat mengambil berat dan prihatin tentang hak dan keperluan pengguna. Untuk memastikan hak dan kepentingan pengguna terpelihara, LPKPM telah menubuhkan Jabatan Keusahawanan khusus bagi membantu para peniaga dan usahawan dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti.
LPKPM percaya bahawa produk dan perkhidmat yang baik serta berkualiti adalah datangnya dari peniaga dan usahawan yang bijak serta prihatin. Peniaga dan usahawan yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata pasti tidak akan dapat bertahan lama di dalam industri.
Matlamat utama Jabatan Keusahawanan adalah membantu peniaga dan usahawan dalam mengembangkan perniagaan mereka. Di antara bantuan dan khidmat nasihat yang diberikan adalah seperti suai padan perniagaan (business matching), khidmat nasihat pemasaran, penjenamaan, pemantauan dan pengiktirafan kepada syarikat, produk atau perkhidmatan tanpa mengira saiz dan bidang perniagaan.
LPKPM khususnya Jabatan Keusahawanan sangat mengalu-alukan usahawan dan syarikat agar menjalinkan hubungan dan kerjasama yang baik dengan LPKPM bagi membolehkan perkongsian dan khidmat nasihat dibuat dengan lebih efektif.
LPKPM berharap agar dapat membantu lebih ramai usahawan dan syarikat dalam mengiktiraf produk atau perkhidmatan sekaligus dapat mengembangkan perniagaan yang sedang dijalankan.