PPETALING JAYA: Dalam dunia tanpa sempadan, hampir semua perkara semakin tidak mustahil. Semuanya kerana perkongsian maklumat di media sosial dan tanpa disedari wujud sindiket atau broker yang kerja mereka mengumpul maklumat yang terdedah sebelum dijual kepada pihak yang memerlukan. Broker akan mengumpul semua data yang dikutip di media sosial secara percuma seterusnya dimuat naik ke dalam pelayan awam sebelum ditawarkan ke-pada mana-mana pihak untuk tujuan tertentu. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP), Mazmalek Mohamad berkata, broker data itu sukar dikesan kerana beroperasi di luar negara berdasarkan alamat protokol internet yang disemak. Beliau percaya data yang dikumpul dan disimpan akan diserah kepada pihak tertentu yang memerlukan data awam tersebut dengan faedah kewangan. “Contohnya kalau ada institu-si pengajian tinggi swasta (IPTS) perlukan 1,000 nama pelajar, mereka boleh akses dari pelayan awam, mungkin daripada pe-layan awam tersebut IPTS itu mampu menarik dalam 20 orang untuk belajar di IPTS terbabit. “Menjual data adalah satu ke-salahan di bawah Seksyen 130 dan jika disabitkan boleh didenda sehingga RM500,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Putrajaya baru-baru ini.

Mazmalek berkata, sikap suka .berkongsi maklumat peribadi di media sosial juga boleh mengundang kepada penawaran produk atau perkhidmatan yang tidak pernah diminta.

“Malah bulan lalu, kami ada terima aduan berkaitan mesej diterima mengenai kemasukan ke institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Ini berlaku apabila ada yang memuat naik termasuk ibu bapa sendiri keputusan peperiksaan anak-anak. Kita tahu ingin berkongsi keterujaan namun pada masa sama mereka tidak sedar media sosial itu boleh diakses sesiapa pun.

“Ada kemungkinan pihak yang mengambil data peribadi iaitu nama penuh, alamat serta nombor kad pengenalan dalam keputusan yang dikongsi di media sosial dijual kepada pihak IPTS. Ada yang tidak memohon mana-mana namun mendapat tawaran daripada pihak tertentu,” ujarnya.

Justeru, orang ramai perlu membaca dan memahami terma dan syarat sebelum berkongsi maklumat peribadi dalam sebarang urusan perkhidmatan.

Selain itu, perkongsian data peribadi dalam kumpulan WhatsApp atau Telegram turut mengancam maklumat tidak dikenali.

“Kemungkinan ada antara mereka adalah scammer yang menyertai kumpulan tersebut demi mengumpul nombor-nombor telefon ahli bagi tujuan memperdayakan mangsa,” ujar beliau.

Mazmalek turut mengingatkan orang ramai agar tidak mudah memuat naik sebarang aplikasi mencurigakan yang kemungkinan phishing selain mengelak menggunakan WiFi percuma di tempat awam.

“Ini terutama hendak rrirnbuat transaksi perbankan atau jual beli kerana ada pihak tidak bertanggungjawab tuba menggodam untuk mengambil maklumat peribadi.

“Dalam usaha memastikan pengguna iaitu individu atau organisasi dalam transaksi komersial yang mengendalikan maklumat peribadi pelanggan mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 7091, JPDP melaksanakan pelbagai inisiatif antaranya melalui peng

anjuran Persidangan Perlindungan Data Peribadi, taklimat, lawatan, webinar dan khidmat nasihat,” katanya.

Sementara itu, Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Dr. Lee Nan Sang berkata, pengguna harus sentiasa peka dengan teknik-teknik baharu yang digunakan penggodam dan jangan mudah terpedaya.

“Pastikan data-data peribadi disimpan atau direkodkan dalam buku catatan, bukan aplikasi dalam talian kerana ini memudahkan lagi penggodam mendapat maklumat.

“Menyimpan kata laluan di Google atau aplikasi dalam talian lain memang memudahkan pengguna namun perkara ini yang menyebabkan penggodam dapat mengakses akaun bank dan data peribadi lain dengan mudah,” katanya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, sejak 2017 sehingga Julai lalu, sebanyak 3,699 aduan diterima membabitkan penyalahgunaan maklumat sulit peribadi pengguna.

Mazmalek berkata, kebanyakan data peribadi yang bocor adalah melalui perkhidmatan yang memerlukan pendaftaran pengenalan diri untuk pelbagai urusan sehingga ada yang menjadi mangsa penipuan.