Siaran Media Jabatan Kastam Di Raja Malaysia Putrajaya

BILANGAN 2-7 / 2018

PENAFIAN KERETA BIASA TIADA CUKAI JUALAN (SST)

1. Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah muatnaikkan cadangan barangbarang yang dikecualikan daripada cukai jualan pada hari ini, 19 Julai 2018. Barang-barang ini dirujuk kepada kod tarif yang dicadangkan untuk dikecualikan daripada cukai jualan (SST) semasa pelaksanaan SST pada 1 September 2018.

2. Susulan daripada senarai yang dimuatnaik, berita berkaitan dengan kenderaan penumpang bermotor tidak dikenakan cukai jualan telah tersebar luas dan JKDM ingin memberi penjelasan berkaitan perkara ini.

3. JKDM ingin menjelaskan bahawa kenderaan penumpang sememangnya dicadang dikenakan cukai jualan. Walaubagaimanpun ada pihak yang telah salah tafsir senarai yang yang telah dimuatnaik tanpa merujuk kepada JKDM.

4. Barang yang dikecualikan daripada cukai jualan dalam senarai tersebut hanya merujuk kepada komponen yang tercurai bagi pemasangan kenderaan penumpang (Completely Knocked Down –CKD) sahaja. Apabila kenderaan siap dipasang daripada komponen-komponen CKD yang diimport tadi, kenderaan yang telah siap tersebut adalah tertakluk kepada cukai jualan.

5. Dengan penjelasan ini, JKDM berharap isu ini selesai dan tidak mengelirukan rakyat dan pengguna.

Sekian, terima kasih.

###

DATO’ SRI SUBROMANIAM THOLASY
KETUA PENGARAH KASTAM
19 JULAI 2018

Ramadhan Al Mubarak 2018

Presiden LPKPM Dr Lee Nan Sang serta semua Ahli Lembaga Pengelola dan Pengurusan mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 2018 kepada semua Warga Muslim di seluruh Malaysia. Semoga Tuhan yang Maha Kuasa dapat permudahkan segala usaha yang dijalankan dalam Bulan yang mulia ini.

Tahniah Perdana Menteri Malaysia Ke 7

Lembaga Pelindung Dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) mengucapkan tahniah kepada YAB Tun Dr Mahathir atas perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-7. Pihak LPKPM berharap Malaysia di bawah pimpinan YAB Tun M yang amat berpengalaman dalam pentadbiran kerajaan, dapat memelihara dan melindungi rakyat terus hidup bahagia dan harmoni.

Pilihan Raya Umum Ke 14

9hb Mei 2018 (Rabu) merupakan hari mengundi untuk PRU 14. Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) menyeru kepada semua pengundi yang berhak mengundi keluar untuk mengundi dari pukul 8 pagi hingga 5 petang, jika boleh keluar mengundi di sebelah pagi sebelum tengahari untuk mengelak cuaca yang panas.

Menunaikan hak mengundi merupakan hak asasi sebagai seorang Warganegera Malaysia. Undilah untuk menyokong Kerajaan yang stabil demi kemakmuran dan kecemerlangan Negaraku yang lebih teraju.

Selepas mengundi sila meninggalkan tempat mengundi dengan segera untuk mengelakkan kesesakan di tempat mengundi dan lalulintas.

Semua pengundi diingatkan supaya membawa Kad Pengenalan masing-masing semasa keluar mengundi.

Sekian dimaklumkan.

Selamat Mengundi.

Bersama Hebatkan Negaraku Malaysia.