Perutusan Khas YAB Perdana Menteri Malaysia Pada 16/03/2020

MUAT TURUN

PERUTUSAN KHAS
YAB PERDANA MENTERI MENGENAI COVID-19

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, saudara-saudari rakyat Malaysia yang saya kasihi.

Malam ini, sekali lagi saya berada di hadapan saudara-saudari sekalian untuk memaklumkan situasi semasa ancaman wabak Covid-19 yang telah menimbulkan kebimbangan bukan sahaja di Malaysia, malahan di seluruh dunia.

Sehingga kini, wabak Covid-19 telah merebak di 135 buah negara. Seramai 162,711 orang telah disahkan positif Covid-19 di seluruh dunia. Daripada jumlah ini, seramai 6,443 orang telah meninggal dunia.

Di Malaysia, telah berlaku peningkatan kes Covid-19 secara mendadak, iaitu 190 kes semalam, disusuli 125 kes baharu hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti wabak ini adalah sebanyak 553 orang.

Daripada jumlah tersebut, seramai 511 orang sedang dirawat di hospital, manakala 42 orang telah pun pulih.

Kerajaan memandang serius situasi semasa ancaman virus berbahaya ini terutama perkembangan gelombang kedua. Keutamaan Kerajaan pada masa ini adalah untuk mencegah penularan baharu wabak ini yang dibimbangi akan menjangkiti lebih ramai rakyat. Situasi semasa wabak ini memerlukan tindakan drastik diambil bagi memulihkan keadaan secepat mungkin.

Untuk itu, Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020, iaitu lusa hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi;

Pertama, larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.

Kedua, sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari;

Ketiga, sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara;

Keempat, penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;

Kelima, penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara; dan

Keenam, penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Saya sedar bahawa saudara-saudari mungkin merasakan bahawa tindakan yang diambil oleh Kerajaan ini menimbulkan kesulitan dan kesukaran untuk saudara-saudari menjalani kehidupan seharian. Namun, tindakan ini mesti diambil oleh kerajaan untuk membendung penularan wabak Covid-19 yang berkemungkinan meragut nyawa rakyat negara ini.

Kita telah melihat peningkatan wabak Covid-19 secara mendadak daripada puluhan orang yang dijangkiti virus ini kepada ribuan orang dalam masa yang singkat di beberapa buah negara lain. Sudah pasti saudara-saudari tidak mahu keadaan yang sama berlaku di negara kita.

Kita tidak boleh menunggu lebih lama sehingga keadaan menjadi lebih meruncing. Tindakan drastik perlu diambil dalam kadar segera untuk menyekat penularan wabak ini dengan cara mengehadkan pergerakan orang ramai. Inilah satu-satunya cara untuk kita mengelakkan lebih ramai rakyat negara ini dijangkiti wabak yang boleh meragut nyawa.

Saya harap saudara-saudari dapat bersabar menghadapi dugaan ini. Jangan panik, jangan cemas, dan sentiasalah bertenang. Saya percaya dengan langkah-langkah sekatan pergerakan yang dilaksanakan oleh Kerajaan, kita mampu menyekat penularan wabak ini dalam masa yang terdekat.

Kita telah melihat beberapa buah negara yang mengambil langkah yang agak drastik untuk mengawal penularan wabak ini seperti negara China yang telah menunjukkan penurunan mendadak kes-kes jangkitan Covid-19.

Saya juga ingin memberi jaminan bahawa bekalan bahan-bahan makanan, keperluan harian dan penjagaan kesihatan termasuk topeng muka adalah mencukupi. Saya telah mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna agar sentiasa memantau situasi bekalan makanan dan keperluan harian di pasaran sepanjang tempoh Perintah Kawalah Pergerakan ini berkuatkuasa.

Saya merayu kepada saudara-saudari agar sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini. Ini adalah tanggungjawab kita bersama yang mesti kita laksanakan sebagai rakyat yang prihatin terhadap keluarga kita, masyarakat kita dan negara kita.

Saya juga ingin memaklumkan bahawa Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara akan bermesyuarat setiap hari untuk memantau dan mengawasi situasi wabak Covid-19. Saya sendiri akan mempengerusikan mesyuarat ini dan memaklumkan kepada saudara-saudari perkembangan situasi wabak Covid-19 dari semasa ke semasa.

Jika saudara-saudari mempunyai sebarang pertanyaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan, saudara-saudari boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara di talian hotline 03-88882010 bermula jam 12 tengah hari esok.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua petugas kesihatan, penjawat awam dan semua pihak yang telah bertungkus-lumus bekerja siang dan malam untuk membendung wabak ini.

Saya berdoa agar saudara-saudari sekalian terus cekal dan tabah dalam menjalankan tugas untuk negara demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat di negara ini sentiasa terpelihara.

Akhir sekali, saya berdoa agar saudara dan saudari sekalian sentiasa diberikan perlindungan oleh Allah S.W.T.

Wabillahitaufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Langkah Pencegahan COVID-19

Nasihat dari Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya.

Hi guys, please do this to keep yourself and your family healthy.

✔Take everyday preventive actions to stay healthy.

✔Avoid close contact with people who are sick.

✔Avoid touching your eyes, nose, and mouth.

✔Stay home when you are sick.

✔Cover your cough or sneeze with a tissue, then throw the tissue in the trash.

✔Clean and disinfect frequently touched objects and surfaces using a regular household cleaning spray or wipe.

✔Wash your hands often with soap and water for at least 20 seconds.

✔Follow public health advice, travel advisory, avoiding crowds and other social distancing measures.

✔Stay informed. MOH Malaysia will be updated regularly as information becomes available.

Stay calm. Stay safe. We wish you all a healthy day.

Perutusan Khas Dari Presiden LPKPM Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina

馬來西亞消費保障暨公益推廣局全國主席
李南生博士
2020庚子年新年獻詞

光陰似箭,轉眼間,己亥年又到了尾聲; 接著是庚子老鼠年的到來。

在這新的一年裡,首先,我要代表馬來西亞消費保障暨公益推廣局的全體同仁恭祝大家新年進步,祝福各界百業興旺,國泰民安。

在百物都在醞釀着漲價,我籲請身為消費者的大家,除了要會精打細算,更加要貨比三家,做個精明的消費者。

“購買需要的物品,而不是買想要的物品!” 當廠家或商家做減價折扣大促銷的時候,消費者需要的一個理性的頭腦,除了衡量價格與品質,另一個更重要的考量是需不需要?

尤其在農曆新年期間,更加要提高消費的醒覺,必须做一定的節制,不要亂亂花費,增加。一些旅游景點的物品尤其是食物,其價格都會調高。希望消費者先問清楚價錢,再下單,以免吃了餐饮之后,因為價錢的問題爭執而雙方鬧的不愉快。

開車回鄉與家人共度新年的,或者是舉家一起出外旅遊和聚餐的,記的要小心駕駛。路上擁擠,也許會慢會遲,最重要是安全到達目的地。

還有就是如果回鄉或外出遠行,記得通知保安和鄰居或是就近的警局,告訴對方您離家及回家的日期,請他們多加幫忙留意安全,也將本身的聯絡電話號碼留給對方,以便有事時能夠及時受到通知。

新年期間,也請多多留意家人老小的健康及個人清潔,尤其現在我國正值流感病毒的傳染。目前天氣炎熱,請大家多多喝水。

最后,再次恭祝大家新年快樂,萬事如意。

Perutusan Khas dari Presiden LPKPM Sempena Sambutan Tahun Baharu 2020

Dr Lee Nan Sang
Presiden LPKPM

Salam Mesra Dan Selamat Sejahtera.

Tahniah Dan Syabas, kita sama-sama berjaya melalui Tahun 2019 yang penuh dengan pelbagai cabaran hidup.

Tahun 2019, merupakan satu tahun yang penuh dengan pelbagai cabaran hidup, kos hidup yang semakin meningkat dan cabaran ekonomi yang tidak begitu baik di negara kita bahkan ekonomi dunia juga menimpa kemerosotan.

Tahun 2019, negara kita Malaysia melalui pelbagai cabaran politik dan keadaan ekonomi yang kurang upaya, Alhamdulilah kita tetap ke akhir penggal tahun 2019. Rakyat jelata berharap Kerajaan atau Pihak Pentadbir Kerajaan dapat mengatasi segalanya dan memimpin Rakyat ke arah yang lebih cerah dan cemerlang.

Menjelang Tahun 2020, ianya merupakan satu tahun yang bertambah cabarannya kepada seluruh Rakyat , di bawah keadaan ekonomi dunia yang semakin merosot. Pihak LPKPM berharap Rakyat dapat berpadu dang bersemangat tinggi untuk menembusi canaran-cabaran hidup yang bakal dihadapi pada tahun 2020.

Pihak LPKPM berjanji akan terus memberi sokongan dan bantuan kepada pihak Kerajaan dan agensi-agensi penguatkuasa, sama-sama kita memantau dan mempastikan hak-hak asasi pengguna sentiasa dilindungi dan diamalkan.

LPKPM juga akan mengadakan aktiviti-aktiviti yang dapat membantu para pengguna di negara ini memahami hak rakyat sebagai seorang pengguna.

Selaku Presiden LPKPM, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2020, 新年快乐,新年进步, HAPPY NEW YEAR 2020.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas

Dr Lee Nan Sang
Presiden LPKPM