




Soalan – Soalan Lazim untuk Operasi Bas Rapid KL semasa Fasa PKPB Bermula 4 Mei 2020
- Adakah perkhidmatan bas Rapid KL dan perantara MRT masih beroperasi?
Perkhidmatan bas Rapid KL dan perantara MRT beroperasi mengikut waktu normal daripada
pukul 6 pagi sehingga tengah malam. Sila rujuk www.myrapid.com.my atau laman media
sosial Rapid KL untuk mengetahui jadual perkhidmatan bas Rapid KL dan perantara MRT. - Adakah perkhidmatan Rapid KL Airport Shuttle masih beroperasi?
Perkhidmatan Rapid KL Airport Shuttle beroperasi mengikut waktu normal. Sila rujuk
www.myrapid.com.my atau laman media sosial Rapid KL untuk mengetahui jadual
perkhidmatan Rapid KL Airport Shuttle. - Bagaimanakah jarak sosial perlu diamalkan ketika menaiki bas?
Pelanggan dinasihatkan beratur dengan mengamalkan jarak sosial (social distancing)
sekurang – kurangnya 1 meter daripada orang lain ketika menunggu, menaiki dan menurun
bas. - Perlukah saya mengamalkan jarak sosial ketika didalam bas?
Ya, penumpang perlu mengamalkan jarak sosial sekurang – kurangnya 1 meter di dalam bas.
Penumpang dilarang duduk di kerusi yang bertanda ‘X’ dan hanya berdiri di garisan yang
bertanda di lantai bas. Penumpang juga perlu menggunakan penutup hidung dan mulut
ketika mengunakan perkhidmatan awam. - Berapa penumpang dibenarkan menaiki bas pada satu masa?
Bilangan penumpang dibenarkan menaiki bas pada satu masa akan dihadkan. Sila rujuk pada
papan tanda yang dipaparkan pada cermin bas. Jika terdapat bilangan penumpang yang
beratur menunggu bas lebih dari ditetapkan, Kapten Bas akan meminta penumpang
menunggu bas yang seterusnya. - Saya ingin merancang perjalanan saya, bolehkah saya melihat lokasi bas?
Pelanggan boleh merujuk pada laman sesawang myrapidbus.prasarana.com.my/kiosk untuk
melihat lokasi bas Rapid KL. - Adakah Kapten Bas akan menjalani pemeriksaan suhu badan setiap kali bertugas?
Pemeriksaan kesihatan adalah wajib untuk setiap kapten bas sebelum mereka memulakan
tugas setiap hari. Kapten Bas perlu membuat pemeriksaan suhu badan, memakai topeng
muka dan menggunakan ‘hand sanitzer’ untuk membasmi kuman. Hanya Kapten Bas yang
sihat dan lulus saringan kesihatan sahaja dibenarkan untuk memandu bas. - Berapa kali kekerapan bas dicuci dan disinfeksi?
Bas dicuci dan disinfeksi (untuk membasmi kuman) setiap hari terutama di kawasan yang
sering digunakan dan disentuh oleh penumpang seperti tempat duduk, tiang dan butang
loceng. - Adakah eskalator dan lif di laluan BRT Sunway dibersihkan?
Eskalator dan lif dibersihkan 3 kali sehari. - Saya perlukan lebih informasi, bagaimana saya ingin menghubungi talian Rapid KL?
Lanjutan daripada Perintah Kawalan Pergerakan, Talian Bantuan Rapid KL akan beroperasi
pada waktu -waktu berikut:-
Isnin – Jumaat : 8.30 pagi hingga 5.30 petang
Sabtu – Ahad : Tutup
Pelanggan masih boleh menghubungi kami melalui saluran media social Rapid KL untuk
maklum balas cepat atau emel ke: [email protected]