YPKPMM

YAYASAN PELINDUNG KEBAJIKAN PENGGUNA MASYARAKAT MALAYSIA (YPKPMM)
(Diurus takbir oleh Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia) PPM – 001-01-08072014

TUJUAN

  • Membantu ahli untuk mendapatkan keadilan dan hak sebagai pengguna dan membantu ahli mencari peluang perniagaan yang menambahkan pendapatan dan juga membantu ahli mencari dana bagi ahli memulakan perniagaan.
  • Membantu kerajaan memberikan kesedaran tentang hak pengguna disamping itu, yayasan akan menerbitkan majalah atau apa apa risalah untuk pengetahuan ahli-ahli selepas mendapat kelulusan dari pihak berkuasa.
  • Menjalankan kerja-kerja amal bagi tujuan kebajikan terhadap golongan kurang upaya ini seperti yang terlalu miskin, terabai, teraniaya (ABUSE) dan yang tidak mempunyai pelajaraan, akademik (buta huruf).
  • Mengadakan program dan aktiviti yang beransurkan pendidikan bagi menlahirkan generasi yang berkualiti dan dapat menyumbangkan ke arah kemajuan negara dan juga dapat menjalankan perniagaan bagi menubuhkan koperasi untuk ahli-ahli yayasan dapat memanfaatkan.
  • Memberi bantuan kepada golongan kurang upaya dan menjalankan kerja-kerja amal untuk mencapai matlamat yayasan.

KEAHLIAN

Yayasan terdiri daripada:-

  • Keahlian Biasa
  • Keahlian Kehormat (VIP Member)
  • Keahlian Bersekutu (Associate Membership)
  • Keahlian Rakan Yayasan

AKTIVITI YAYASAN

  •  Yayasan akan menubuhkan tabung dan dana bagi membantu para penggunauntuk mendapatkan seperti kes-kes yang hendak dibawa ke mahkamah yang memerlukan kos.
  • Menubuhkan dana untuk membantu para pengguna untuk menjalankan perniagaan secara tetap atau pun sambilan.
  • Mengadakan seminar dan bengkel untuk membantu orang ramai terutamanya pengguna untuk Mengetahui peluang-peluang perniagaan yang betul dan sah dari segi undang-undang.
  • Menubuhkan beberapa unit atau jabatan untuk memudahkan orang ramai atau para pengguna bagi mendapatkan khidmat dari pihak Yayasan. Diantara unit yang dikenal pasti adalah seperti berikut :-
    – Unit Aduan
    – Unit Penerangan & Komunikasi
    – Unit Keusahawanan
    – Unit Pembangunan Hartanah
    – Unit Pendidikan
    – Unit Penerbitan
  • Menubuhkan syarikat atau koperasi bagi pihak Yayasan menjalankan program-program keusahawanan bagi membantu ahli-ahli dalam bidang perniagaan.

RANGKAIAN KOMUNIKASI TV PENGGUNA

  • Merupakan media informasi kepenggunaan
  • Membantu para peniaga untuk memperkenalkan produk-produk mereka terutamanyaproduk tempatan.
  • Memberi ruang iklan kepada syarikat yang melabur kepada Yayasan.
  • Menyiarkan info-info terkini dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi & Kepenggunaan.

AKHBAR SUARA PELINDUNG

Akhbar Suara Pelindung Pengguna diterbitkan adalah untuk member kesedaran dan informasi semasa tentang produk-produk kepada pengguna disamping menjadi saluran agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dengan pengguna. Diantara agensi-agensi yang terlibat adalah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Perdagangan Kesihatan dan Jabatan Farmasi. Akhbar Suara Pelindung Pengguna memberikan peluang dan ruang kepada agensi-agensi yang terlibat untuk menawarkan berita-berita kepada pengguna disamping ianya juga menjadi pusat promosi oleh pengusaha-pengusaha produk, makanan perubatan, perumahan, pengangkutan dan lain-lain untuk diwarwarkan dan dipromosikan dalam Akhbar Suara Pelindung Pengguna.

Akhbar Suara Pelindung Pengguna diterbitkan oleh Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia adalah sebuah pertubuhan dimana menjaga hak asasi manusia dan pengguna yang didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1996. Akhbar Suara Pelindung Pengguna diterbitkan sebanyak 50 ribu naskah dan akan meningkat dari masa ke semasa mengikut peredaran.

PROGRAM YAYASAN

Yayasan Pelindung Kebajikan Pengguna Masyarakat Malaysia (YPKPMM) di bawah naungan Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia telah mengadakan beberapa program seperti seminar, operasi pemantauan, erasmian produk-produk kesihatan dan sebagainya. Seminar seperti Seminar Pendidikan Pengguna Menangani Kos Sara Diri dianjurkan bagi membantu pengguna dalam memberi kesedaran dan pengetahuan kepada orang ramai tentang kenaikan harga barang dan juga cara-cara menguruskan kos sara hidup dengan berhemah. Operasi pemantauan juga diadakan bagi memantau tempat-tempat yang menjual keperluan pengguna adalah selamat untuk pengguna. Yayasan akan terus mengadakan program –program yang dapat membantu para pengguna dalam pelbagai cara.