Program Peka B40 Saringan Kesihatan Percuma anjuran bersama Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna (LPKPM) dan PIBG SMK Pandan Indah, dengan kerjasama Gerakan Belia Bersatu Malaysia (GBBM) Negeri Wilayah Persekutuan, Persatuan Khidmat Komuniti Pandan, Glorious Health yang diadakan pada 24 Julai ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari komuniti Pandan dan Ampang.

Hari ini pihak penganjur berjaya menjalankan saringan kesihatan percuma seramai 250 orang pengguna dari golongan B40.

Pada program ini, kami juga mendaftarkan seramai 150 orang untuk saraan Tenang Insuran.

Mereka yang menjalankan saringan hari ini akan mendapat laporan keputusan saringan mereka pada 7hb Ogos ini.

Polisi untuk Tenang Insuran akan diberikan kepada pemohon setelah pihak penganjur memperolehinya dari syarikat insuran.

Sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab, demi keselamatan Semua pihak terutamanya para pelajar dan guru-guru sekolah, kami juga sanitise kawasan sekolah selepas program pada hari yang sama. Terima Kasih yang tak terhingga ditujukan kpd Saudara Muzamir Amir dan Saudara Zaharudin Ali yang membantu sanitise kawasan sekolah.

Saya mewakili pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada organisasi yang memberi kerjasama rapat dan ikhlas, Pegawai PDRM IPD Ampang, KKM, para pemimpin parti politik dan organisasi tempat yang sudi melapangkan masa hadir memberi sokongan moral kepada program.

LPKPM berhasrat untuk menganjurkan program ini di seluruh negara bermula dari Negeri Selangor.